Wednesday 30 January 2013

Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum

Pada 25 Januari 2013, SKUB telah mengadakan majlis perpisahan GPK Kokurikulum En. Mohd Aniza B. M. Yunus yang akan bertukar ke SK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan An-Nur, SK Ulu Beranang dan dihadiri oleh semua warga SKUB.






Warga SKUB mendoakan kejayaan dan kecemerlangan En. Mohd. Aniza di tempat baru. Warga SKUB juga berharap beliau tidak melupakan kami semua di sini.

Tuai  padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.


Monday 28 January 2013

Pengenalan

Portal Blog PSS SK Ulu Beranang Berwajah Baru



Selamat datang kepada pengunjung Portal Blog PSS SK Ulu Beranang. Portal blog ini diwujudkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan peristiwa yang berlaku di SK Ulu Beranang. Semoga maklumat-maklumat yang disampaikan melalui portal blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung.

Untuk makluman semua juga, portal blog pss yang lama (pssskuluberanang.blogspot.com) sudah tidak aktif lagi. Harap maklum